6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI AL-QURAN TAGGING HUMAIRA HARI INI

1. Bersaiz compact

Dengan saiz A5, Al-Quran ini bersaiz tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar, menjadikannya mudah untuk dipegang dan dibawa ke mana-mana.

Kalau nak masukkan dalam beg pun tiada masalah dengan saiznya yang begitu. Kalau pegang di tangan semasa kita nak membaca pun, selesa je rasa.

2. Lengkap dengan Tajwid , Terjemahan dan Kod Warna

Tidak lengkap rasanya kalau kita sekadar membaca sahaja ayat-ayat di dalam Al-Quran tanpa memahami maksudnya.

Dan tidak sempurna juga bacaan kita kalau sekadar membaca sesuka hati tanpa mengikut aturan bacaan yang betul atau tajwid yang betul.

Dengan Al-Quran Humaira, semuanya lengkap.
Ada terjemahan ayat dan ada panduan tajwid berwarna mengikut kod.

Setiap juzuk juzuk juga telah siap dicetak mengikut warna tertentu yang memudahkan pembaca untuk mencari juz yang ingin dibaca.

Dengan ciri-ciri ini, setiap sesi bacaan Al-Quran kita akan menjadi lebih bermakna kerana maksudnya dapat dihayati dan difahami, serta membantu pembaca untuk memperbaiki bacaan dengan hukum tajwid yang betul dan sempurna.

3. Lengkap dengan Tagging

Tags bercetak dan siap ditampal pada helaian mukasurat tertentu Al-Quran Humaira, memudahkan pembaca untuk mencari maksud-maksud ayat atau kisah-kisah tertentu di dalam Al-Quran sebagai rujukan.

Al-Quran Humaira dilengkapi dengan 185 tags berwarna yang memudahkan dan membantu pembaca untuk mencari petikan-petikan, maksud ayat, doa-doa mustajab, kisah para anbiya dan banyak lagi.

4. Jaminan kualiti

Memandangkan Al-Quran sewajarnya dijadikan ‘teman baik’ kita setiap hari, maka wajarlah bahan yang dipilih untuk menghasilkannya terdiri daripada bahan yang berkualiti tinggi supaya walaupun sering digunakan.

Al-Quran Humaira dicetak menggunakan kertas khas jenis QPP yang tidak mudah koyak dan tahan lasak.

Kertas jenis ini juga dipilih kerana sifatnya yang antisilau dan memudahkan bacaan.

Untuk kulitnya pula, material kulit yang tahan kulat dan ringan dipilih. Bahan polyurethane (PU) serta kertas tebal dan keras digunakan untuk kulit luar yang tahan lasak serta kalis air.

5. Cantik

Lumrah manusia, sukakan kecantikan.

Jadi, pihak kami dengan berbesar hati merekacipta design Al-Quran yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Dari mata, turun ke hati. Begitulah kebiasaannya.
Al-Quran Humaira didatangkan dalam 4 warna pilihan yang menarik iaitu :

 Merah jambu  Biru
 Kuning
 Ungu

Setiap warna kulit depan dihiasi dengan motif flora yang menambah seri Al-Quran Humaira.

Dilengkapi juga dengan zip di sekeliling kulit luar bagi memudahkan penjagaan Al-Quran dan tags di dalamnya supaya tidak mudah tertanggal.

6. Berkelulusan KDN

Tahukah anda yang setiap Al-Quran yang dikeluarkan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Ini bagi memastikan tiada kesalahan dalam cetakan atau maksud setiap ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tersalah cetak, tersalah eja atau terlari susunan maksud ayat boleh memberi kesan besar kepada bacaan Al-Quran.

Jadi sangatlah penting bagi pembaca di luar sana untuk memastikan Al-Quran yang dibeli dan dimiliki mempunyai kelulusan KDN.

Dengan Al-Quran Humaira, anda tidak perlu risau kerana Al-Quran ini sememangnya mendapat kelulusan daripada KDN dan pihak kami sentiasa memastikan perkara ini terjaga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *